KUALA LUMPUR – Warga Universiti Malaya (UM) kini menikmati kemudahan tambahan dengan pembukaan cawangan 7-Eleven di kampus universiti berkenaan. Majlis pembukaan cawangan itu telah disempurnakan oleh Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi Lembaga Pengarah UM, dan disaksikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar Zaini, Pro-Canselor UM serta barisan pengurusan universiti. Menurut Tan Sri Zarinah Anwar, pembukaan cawangan itu merupakan satu kemudahan tambahan buat warga kampus bagi memudahkan urusan harian mereka. Kehadiran 7-Eleven di kampus membolehkan mahasiswa, kakitangan dan komuniti universiti mendapatkan pelbagai keperluan harian, termasuk makanan ringan dan minuman dengan lebih mudah. Kemudahan ini diharap dapat melengkapkan kehidupan kampus yang lebih selesa dan praktikal, sekali gus memenuhi keperluan warga universiti yang menjalani rutin harian yang padat. Navigasi kiriman Karnival Pendidikan MADANI 2026 Perkukuh Hubungan Pendidikan dan Komuniti SSPN BANTU PUPUK BUDAYA MENABUNG, PELUANG PENDIDIKAN ANAK-ANAK B40 DIPERKASA