Preloader
1000716288

KUALA LUMPUR – Orang ramai dijemput hadir ke Program Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 bagi mendapatkan maklumat serta mengenali dengan lebih dekat perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).Menerusi program tersebut, KPWKM membuka reruai yang menghimpunkan Jabatan dan agensi di bawah kementerian bagi memberikan penerangan serta khidmat secara terus kepada masyarakat.Antara perkhidmatan dan maklumat yang disediakan termasuk Perkhidmatan Talian Kasih 15999, Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Yayasan Kebajikan Negara, maklumat Dasar Wanita Negara, pameran Program Pendidikan Keluarga serta pendaftaran Kad OKU.Program ini turut menjadi platform untuk masyarakat mendapatkan informasi berkaitan pelbagai inisiatif kerajaan yang menyentuh aspek kebajikan, pembangunan wanita, pengukuhan institusi keluarga dan kesejahteraan masyarakat.KPWKM menyeru orang ramai agar mengambil peluang untuk hadir dan mendapatkan maklumat secara langsung daripada agensi berkaitan.Program ini turut membawa tema Malaysia MADANI dan MADANI Bekerja, selaras dengan usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *