Preloader
206adb50 2973 4f92 b480 07cda238e0c1

ALOR GAJAH – Persaingan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.07 Gadek kali ini menyaksikan kemunculan seorang calon wanita yang membawa dimensi tersendiri dalam landskap politik setempat apabila Parti PUTRA mempertaruhkan Laila Norinda Maon untuk merebut mandat rakyat.

Beliau turut mencuri perhatian apabila menjadi calon pertama yang hadir di Pusat Penamaan Calon di Kompleks JAPERUN Gadek pada hari penamaan calon, memperlihatkan kehadirannya sebagai antara calon terawal memulakan proses rasmi pertandingan di kawasan berkenaan.

Beliau merupakan satu-satunya calon wanita yang bertanding di kerusi berkenaan, sekali gus menjadikan penyertaannya antara perkara yang mencuri perhatian dalam persaingan politik di kawasan Gadek.

Sebagai seorang wanita Melayu beragama Islam dan anak kelahiran di dalam Dun Gadek , kehadiran beliau membawa satu perspektif berbeza dalam pertandingan yang turut disertai calon-calon lelaki daripada parti politik lain.

Antara parti yang turut meletakkan calon di kerusi berkenaan ialah Barisan Nasional (BN) menerusi S. Nadarajah, Pakatan Harapan (PH) yang menampilkan calon DAP, Jegasilan Kungamboo dan B. Laveen a/l Balaprabhakaran calon Parti Bersama Malaysia (BERSAMA).

Penyertaan Laila bukan sekadar menambah warna dalam persaingan pilihan raya, malah membuka ruang perbincangan lebih luas mengenai keterwakilan wanita dalam kepimpinan dan proses demokrasi.

Dalam landskap politik yang masih memperlihatkan dominasi calon lelaki di banyak kawasan, keberanian wanita menawarkan diri sebagai calon membawa mesej bahawa kepimpinan tidak seharusnya dibataskan oleh jantina.

Lebih menarik, latar belakang beliau sebagai anak tempatan Gadek memberikan satu sudut tersendiri terhadap penyertaannya, apabila seorang anak kelahiran kawasan itu sendiri tampil membawa aspirasi dan suara wanita ke gelanggang pilihan raya.

PRN Melaka ke-16 dijadualkan berlangsung pada 14 November 2026, manakala pengundian awal ditetapkan pada 10 November.

Apa pun keputusan yang bakal diumumkan, penyertaan seorang wanita sebagai calon tunggal wanita di DUN Gadek merupakan satu perkembangan yang wajar diberikan perhatian dalam usaha memperluas ruang penyertaan dan kepimpinan wanita dalam politik negara.

temp image 24239345 8457 4a7c a4bf 3077416e2888
temp image e5d04933 16cb 4751 9422 3004e28dd8c3
img 2548

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *