Preloader
image

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita (PMK) terus menjadi platform Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mendekati komuniti serta memudahkan akses masyarakat kepada pelbagai perkhidmatan berkaitan pendidikan.

Program yang berlangsung pada 19 September 2026 di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, Johor dan pada 20 September 2026 di Dewan Perbandaran Gopeng, Gopeng, Perak serta Sekolah Kebangsaan Sungai Ara, Batu Maung, Bayan Baru, Pulau Pinang itu mendapat sokongan dan kehadiran masyarakat setempat.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk urusan salinan keputusan peperiksaan, salinan keputusan dan sijil, terjemahan dokumen Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris, tampalan sijil, selain khidmat nasihat berkaitan pengurusan sekolah dan murid.

Inisiatif anjuran Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) itu mencerminkan usaha membawa perkhidmatan kerajaan lebih dekat kepada masyarakat melalui pendekatan turun padang dan penyampaian perkhidmatan secara bersepadu.

Pendekatan sebegini bukan sahaja memudahkan urusan komuniti, malah membuka ruang interaksi secara langsung antara agensi kerajaan dengan penduduk setempat dalam memahami keperluan pendidikan di peringkat akar umbi.

image
image
image

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *