Preloader
img 2593

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus memberi penekanan terhadap pelaksanaan program dan projek pembangunan tahun 2026 yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Menerusi pelaksanaan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), KPWKM memberi tumpuan kepada keberkesanan setiap program dan projek supaya peruntukan pembangunan dapat diterjemahkan kepada hasil yang memberi impak kepada kumpulan sasar.

Komitmen itu dizahirkan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) KPWKM Bilangan 9 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM.

Mesyuarat berkenaan meneliti perancangan pelaksanaan 51 program dan projek pembangunan sedia ada, termasuk inisiatif di bawah Program Cakna MADANI serta Peruntukan B.11.

Dalam masa sama, perhatian turut diberikan kepada Projek Membina Pusat Autisme Kuching, Sarawak, menerusi pembentangan perancangan dan hala tuju projek oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak selaku agensi pelaksana.

Pusat berkenaan dilihat sebagai antara usaha memperkukuh penyediaan kemudahan yang menyokong keperluan individu autisme serta keluarga mereka.

Mesyuarat turut melibatkan wakil Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi (KE), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), JKR Sarawak, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) serta ICU JPM Sarawak.

Kerjasama rentas kementerian dan agensi ini penting bagi memastikan perancangan, pelaksanaan serta pemantauan projek pembangunan dapat dilakukan secara lebih tersusun.

Tumpuan terhadap pelaksanaan projek berorientasikan rakyat mencerminkan kepentingan memastikan setiap pembangunan akhirnya memberi nilai dan manfaat kepada kehidupan masyarakat, khususnya golongan wanita, keluarga dan kumpulan yang memerlukan.

Pembangunan bukan sekadar tentang membina kemudahan, tetapi memastikan manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat.

img 2594
img 2595
img 2596
img 2597

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *