Preloader
img 1181

KUALA LUMPUR – Usahanita Negeri Perak terus memperluas jaringan profesional dan meneroka peluang baharu dalam sektor teknologi, pembinaan serta kepimpinan menerusi penyertaan dalam program MBOT – RED LIPS: Leadership Insights for Professionals Charting the Future of Emerging Tech.

Program yang berlangsung di Royale Chulan Kuala Lumpur itu menghimpunkan wanita profesional, usahawan dan pemain industri bagi berkongsi pengalaman, meneroka potensi kerjasama serta memahami perkembangan teknologi yang semakin mempengaruhi landskap pekerjaan dan keusahawanan.

Empat wakil Usahanita Negeri Perak yang menyertai program berkenaan ialah Puan Yanie Yusuf, Puan Siti Norullaili Ismail, Puan Mariam binti S.A.P.K Thangal dari Daerah Perak Tengah dan Ts. ChM. Dr. Syukriyah Ishak dari Daerah Muallim.

Program kolaborasi strategik yang dianjurkan bersama Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) itu turut menyediakan ruang untuk membina hubungan profesional serta membuka peluang kerjasama antara organisasi dan usahawan.

Penyertaan tersebut mencerminkan usaha Usahanita Negeri Perak untuk menggalakkan lebih ramai wanita meningkatkan kompetensi, memperluas pengetahuan dan meneroka peluang dalam sektor yang berpotensi menyumbang kepada perkembangan kerjaya serta perniagaan mereka.

Selain menumpukan kepada keusahawanan, pendedahan terhadap bidang teknologi dan pembinaan turut memberi perspektif baharu kepada wanita untuk menyesuaikan diri dengan perubahan industri serta mengenal pasti ruang untuk mengembangkan potensi masing-masing.

Dalam landskap ekonomi yang semakin dipacu teknologi, wanita bukan sekadar berperanan sebagai peserta, malah berpeluang menjadi pemimpin, pencetus idea dan penggerak perubahan dalam pelbagai sektor profesional.

Usahanita Negeri Perak terus komited memperkasakan wanita melalui perkongsian ilmu, pembinaan jaringan strategik dan penerokaan peluang baharu demi melahirkan usahawan wanita yang berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Ini melihatkan usaha memperluas akses wanita kepada ilmu, teknologi dan jaringan profesional sebagai antara langkah penting dalam membina komuniti wanita yang lebih berpengetahuan, berkeyakinan dan berdaya maju.

img 1180
img 1179

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *