KUALA LUMPUR– Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar bangunan susulan keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan, khususnya kanak-kanak, warga emas, wanita hamil serta individu yang mempunyai penyakit pernafasan dan jantung. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat pendedahan kepada udara tercemar. Apabila bacaan IPU melebihi 100, orang ramai disarankan mengurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan. Penggunaan pelitup pernafasan N95 juga disarankan sekiranya perlu berada di luar. Selain itu, orang ramai perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti sesak nafas atau batuk yang semakin teruk, terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit asma dan masalah pernafasan. Orang ramai turut diingatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa berkaitan aktiviti luar dan pengoperasian institusi pendidikan berdasarkan tahap pencemaran udara semasa. KKM menyeru masyarakat supaya sentiasa peka terhadap perkembangan jerebu dan mengutamakan kesihatan diri serta keluarga. Navigasi kiriman Jerebu : Ibu Bapa Perlu Peka, Kesihatan Anak Anak Diutamakan Wanita Perlu Peka Buat Saringan Awal