BANDAR TUN RAZAK – Inisiatif memperkukuh kesejahteraan keluarga berpendapatan rendah terus diberi perhatian menerusi pelaksanaan Program Sejahtera MADANI. Pendidikan yang menyampaikan sumbangan Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada ahli isi rumah miskin berdaftar eKasih di Parlimen Bandar Tun Razak. Program ini merupakan usaha murni kerajaan dalam membantu meringankan beban keluarga, selain memupuk kesedaran tentang kepentingan perancangan kewangan dan budaya menabung demi masa depan pendidikan anak-anak. Majlis tersebut turut dihadiri Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM Wilayah Persekutuan, Megat Azlani Megat Ramli,Pengarah Pendidikan JPWPKL, Megat Affandi Datuk Wira Haji Ismail serta Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan. Menerusi inisiatif ini, pemberian sumbangan dalam bentuk sijil SSPN diharap dapat menjadi dorongan kepada anak-anak untuk mula menabung sejak awal, sekali gus membina persediaan kewangan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Pendidikan bukan sekadar laluan untuk mencapai kejayaan peribadi, malah menjadi pemangkin kepada perubahan taraf hidup keluarga dan pembinaan masa depan yang lebih baik. Usaha ini turut melengkapi pelbagai inisiatif kerajaan seperti peningkatan bantuan SARA, pelaksanaan gaji minimum, Dasar Gaji Progresif, program keusahawanan, peningkatan kemahiran serta padanan pekerjaan bagi memperkukuh kesejahteraan rakyat. Program ini merupakan hasil kerjasama ICU JPM Wilayah Persekutuan, peserta Program Kepimpinan dan Pengurusan Lanjutan (ALMP), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Inisiatif seumpama ini membuktikan bahawa pelaburan dalam pendidikan anak-anak merupakan antara langkah penting untuk membina masyarakat yang lebih berdaya maju, berilmu dan sejahtera. Navigasi kiriman 7-Eleven Kini Dibuka di Universiti Malaya,Tambah Kemudahan Warga Kampus