INISIATIF SEKTOR PENJAGAAN, 50,000 PENJAGA BERKEMAHIRAN DISASAR MENJELANG 2030

Oleh : DF Shareeza

Komitmen memperkukuh sektor penjagaan negara terus diperkasa apabila Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini merasmikan Inisiatif Sektor Penjagaan KPWKM di bawah Belanjawan MADANI 2026, selain melancarkan Kempen Penjagaan KPWKM bertemakan “Ilmu Menjaga, KASIH Dirasa”.Inisiatif itu memberi tumpuan kepada usaha membangunkan sektor penjagaan secara lebih tersusun, berkualiti dan profesional, seiring keperluan masyarakat yang semakin berkembang.Menerusi Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026–2030, KPWKM menyasarkan untuk melahirkan 50,000 penjaga berkemahiran menjelang 2030.Sasaran itu bukan sekadar memperkukuh kualiti perkhidmatan penjagaan, malah berpotensi membuka lebih banyak ruang pekerjaan, keusahawanan dan laluan kerjaya dalam sektor berkenaan.Dalam majlis sama, sesi libat urus bersama pemegang taruh turut diberi perhatian bagi membolehkan suara mereka yang terlibat secara langsung dalam sektor penjagaan didengar.Antara perkara yang diketengahkan termasuk isu, cabaran, pengalaman serta cadangan daripada penjaga dan penyedia perkhidmatan bagi memastikan dasar yang dirangka benar-benar menepati keperluan di lapangan.Bagi Wanita Bangkit, pengukuhan sektor penjagaan merupakan satu langkah penting dalam membina ekosistem yang lebih menyokong keluarga, khususnya wanita yang sering memainkan peranan besar dalam tanggungjawab penjagaan.Melalui semangat “Kita Sama Jaga”, usaha ini diharap dapat memastikan keluarga terus mendapat sokongan, wanita kekal produktif, penjaga dihargai dan golongan yang memerlukan penjagaan dapat menjalani kehidupan dengan lebih selamat, bermaruah dan sejahtera.Kerana menjaga bukan sekadar tanggungjawab ia adalah satu bentuk kasih yang perlu dihargai dan diperkasa.