
Oleh : DF Shareeza
KLWRF 2026: 8,000 Wanita Bakal Meriahkan Larian Wanita Terbesar Malaysia.
KUALA LUMPUR – Semangat wanita untuk kekal aktif dan sihat bakal mewarnai Dataran Merdeka apabila kira-kira 8,000 wanita dijangka menyertai Guardian KL Women Running Festival (KLWRF) 2026, yang diiktiraf sebagai larian wanita terbesar di Malaysia.Bakal berlangsung pada 18 Oktober 2026, KLWRF 2026 bukan sekadar acara larian, sebaliknya menjadi platform yang menghimpunkan wanita daripada pelbagai latar untuk meraikan kecergasan, kekuatan diri dan semangat kebersamaan.Dengan lebih 7,000 peserta telah mendaftar, festival itu menawarkan tiga kategori larian iaitu 5km, 10km dan 15km, memberikan peluang kepada peserta memilih cabaran mengikut kemampuan masing-masing.Menariknya, setiap langkah dalam acara ini membawa mesej tersendiri bahawa menjaga kesihatan, membina keyakinan dan berani mencabar diri merupakan sebahagian daripada perjalanan wanita untuk terus bangkit.Bagi Wanita Bangkit, penyertaan ribuan wanita dalam acara sebegini membuktikan bahawa kekuatan wanita bukan hanya diukur melalui pencapaian besar, tetapi juga melalui keberanian untuk mengambil langkah pertama.Tidak kira berlari laju atau sekadar menghabiskan garisan penamat, setiap peserta mempunyai satu kemenangan untuk diraikan adalah kemenangan terhadap diri sendiri.KLWRF 2026 diharap terus menjadi ruang yang menggalakkan lebih ramai wanita menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada gaya hidup, di samping membina komuniti wanita yang saling menyokong dan menguatkan.Kerana wanita yang kuat bukan sekadar mampu berdiri. Wanita yang kuat tahu bagaimana untuk terus melangkah.