Preloader
img 9622

SHAH ALAM – Setelah sekian lama membawa haluan masing-masing, kira-kira 30 mantan penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) kembali bersama menerusi Reunion Alumni PWB 2.0 yang berlangsung di Dewan Inisiatif Pemberdayaan Masyarakat, Seksyen 24, Shah Alam.

Pertemuan yang berlangsung pada Sabtu itu bukan sekadar reunion, sebaliknya menjadi ruang untuk mengimbau kembali pengalaman, perjuangan dan sumbangan para penyelia PWB dalam memperkasa wanita di Selangor.

Lebih bermakna, reunion tersebut turut diserikan dengan kehadiran YB Rodziah Ismail,iaitu pencetus idea dan pelopor penubuhan PWB di Selangor.

Pertemuan bersama tokoh yang menjadi sebahagian daripada sejarah PWB itu menghidupkan kembali nostalgia perjalanan awal gerakan pemberdayaan wanita, di samping mengingatkan alumni tentang peranan penting yang pernah mereka galas di lapangan.

Selain mengeratkan silaturahim, program berkenaan turut menjadi platform untuk bertukar pengalaman, menyatukan kembali jaringan alumni serta menyemarakkan semangat untuk terus menyumbang kepada masyarakat.

Daripada sebuah perjuangan, lahir sebuah legasi. Dan daripada sebuah legasi, lahir wanita-wanita yang terus berdaya.

img 9619
img 9620

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *