Preloader
36f4aee7 5116 4c81 85ec a9e605f1e175

HAH ALAM — Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM100,000 bagi pelaksanaan Program Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026 bagi membantu wanita dan kanak-kanak yang terjejas akibat kegagalan menerima nafkah seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Syariah.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, YB Anfaal Saari, berkata inisiatif berkenaan merupakan antara usaha kerajaan negeri memperkukuh perlindungan sosial serta kebajikan wanita dan kanak-kanak yang berdepan masalah nafkah.

Menurut beliau, bantuan secara one-off itu ditetapkan pada kadar RM2,000 kepada isteri dan RM1,000 bagi setiap anak, tertakluk kepada syarat serta kelayakan yang ditetapkan.

Peruntukan RM100,000 tersebut dijangka dapat membantu sehingga 50 keluarga yang terjejas akibat kegagalan menerima nafkah.

Bantuan sementara ringankan beban keluarga

YB Anfaal berkata, bantuan berkenaan bukan bertujuan menggantikan tanggungjawab nafkah, sebaliknya menjadi sokongan kewangan sementara kepada keluarga yang terjejas ketika proses penguatkuasaan perintah nafkah sedang berjalan.

Antara syarat kelayakan termasuk pemohon merupakan orang Islam dan bermastautin di Selangor, mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan, serta mempunyai perintah nafkah Mahkamah Syariah yang masih berkuat kuasa tetapi bayaran nafkah gagal diterima.

Pemohon yang memenuhi syarat boleh mendapatkan semakan dan maklumat lanjut melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Kebajikan wanita dan anak terus diberi perhatian

Isu nafkah bukan sekadar melibatkan soal kewangan, malah memberi kesan kepada kelangsungan kehidupan ibu dan anak-anak.

Bagi keluarga yang berdepan keadaan tersebut, sokongan sementara amat penting bagi memastikan keperluan asas terus dapat dipenuhi sementara hak nafkah diperjuangkan melalui saluran yang ditetapkan.

Portal Wanita Bangkit melihat usaha memperkukuh jaringan perlindungan sosial ini sebagai langkah yang memberi perhatian kepada realiti kehidupan wanita yang terpaksa berdepan tekanan ekonomi apabila nafkah tidak diterima.

c47bdda4 3271 4a09 ad09 8f7cd981e101

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *