Preloader
1000698421

Bidadari Dambaan Syurga: Saatnya Wanita Bermuhasabah & Bangkit Berubah

MARAN: Program Bidadari Dambaan Syurga bakal menjadi ruang buat wanita memperkasa diri menerusi pengisian ilmu, kerohanian dan muhasabah diri pada 4 dan 5 September ini di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maran.

Dianjurkan menerusi inisiatif Apresiasi Pahang 1st, program dua hari itu menampilkan pelakon dan aktivis kemanusiaan Yatt Hamzah, selain Ustazah Sharifah Khasif dan Ustazah Aqidah Mawardi sebagai panel.

Pengisian yang disediakan memberi tumpuan kepada perjalanan kehidupan wanita, perubahan diri serta usaha mendekatkan diri kepada kehidupan yang lebih bermakna dan seimbang.

Program itu turut diharapkan dapat membuka ruang kepada peserta untuk berhenti seketika, melakukan refleksi terhadap kehidupan serta memperkukuh kesedaran untuk melakukan perubahan ke arah menjadi insan yang lebih baik.

Selain sesi perkongsian, pengunjung turut boleh menikmati pelbagai aktiviti termasuk bacaan Yasin, jualan makanan dan cabutan bertuah.

Program berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan khas penyanyi Zizi Kirana, sekali gus menambah tarikan kepada acara yang menghimpunkan wanita dalam suasana penuh ilmu dan penghayatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *