PUTRAJAYA – Bermula sebagai suri rumah yang memulakan perniagaan pada usia 46 tahun, Padzilah Enda Sulaiman kini melihat jenama telekung premium Siti Khadijah mencipta sejarah apabila buat pertama kali menyertai perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di Dataran Putrajaya. Ditubuhkan pada 2009, Siti Khadijah kini mempunyai 65 cawangan di seluruh negara dan lebih 600 warga kerja tempatan. Seramai 47 warga Siti Khadijah menyertai kontinjen selepas menjalani tujuh sesi latihan, dengan konsep ‘Geng Masjid’ yang diinspirasikan daripada pakaian ke masjid. “Hari ini, kami bukan sekadar membawa nama Siti Khadijah dalam perbarisan. Kami membawa bersama sebuah perjalanan yang dibina oleh anak-anak tempatan dan kepercayaan rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin. Penyertaan itu bukan sekadar perbarisan, tetapi simbol perjalanan sebuah jenama tempatan yang berkembang bersama masyarakat. Kisah Padzilah membuktikan bahawa wanita boleh bermula pada bila-bila usia dan mengubah sebuah impian menjadi kejayaan yang memberi manfaat kepada ramai. Gambar : Sumber internet Navigasi kiriman Sebelum Merdeka, Wanita Sudah Bangkit: Mereka Turut Menulis Sejarah Negara Bidadari Dambaan Syurga