Preloader
1000699968

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengesahkan bahawa beliau dan suaminya, Ramachandran Muniandy, telah bercerai selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.

Perkara itu dinyatakan menerusi laman rasmi Hannah Yeoh, selain pengesahan daripada pihak beliau kepada media.Perkahwinan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Shay dan Kayleigh.

Perkembangan itu mengundang perhatian umum, namun Hannah dan keluarganya meminta ruang serta privasi diberikan bagi menghadapi fasa baharu dalam kehidupan mereka.

Sebagai seorang wanita yang sering menjadi perhatian umum, perjalanan melalui perubahan besar dalam kehidupan peribadi pastinya bukan sesuatu yang mudah.

Namun, setiap wanita mempunyai hak untuk melalui proses tersebut dengan tenang, bermaruah dan tanpa dihukum oleh persepsi masyarakat.Perceraian bukan ukuran kegagalan seseorang wanita. Ia adalah sebuah perjalanan kehidupan yang mungkin hadir bersama air mata, kehilangan dan perubahan, namun pada masa yang sama boleh menjadi ruang untuk seseorang membina semula kekuatan diri.

Wanita Bangkit percaya, setiap wanita berhak mendapatkan ruang untuk sembuh, memilih jalan hidupnya dan terus melangkah tanpa perlu menjelaskan setiap luka kepada dunia.Semoga Hannah Yeoh dan keluarga diberikan kekuatan, ketenangan serta ruang yang sewajarnya dalam melalui fasa kehidupan ini.

Gambar dari sumber Media Sosial

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *