Preloader
09297140 e7a7 4fd2 91ed 57ff7bad29dc

MELAKA – Barisan Nasional (BN) mengetengahkan tiga calon wanita bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, mencerminkan penyertaan wanita dalam persaingan politik negeri itu.

Tiga calon berkenaan ialah Datuk Tuminah Kadi @ Hashim di DUN N.12 Pantai Kundor, Siti Aisyah Mahmood di DUN N.15 Pengkalan Batu dan Datuk Khaidhirah Abu Zahar di DUN N.25 Rim.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, mengumumkan senarai calon berkenaan pada 24 Oktober lalu sebagai sebahagian daripada persiapan gabungan itu menghadapi PRN Melaka.

Menurut beliau,penyertaan wanita kali ini akan turut memberi perhatian kepada peranan wanita dalam kepimpinan, pembangunan komuniti dan proses membuat keputusan di peringkat negeri.

Penyertaan ketiga-tiga calon ini memperlihatkan penglibatan wanita dalam persaingan politik negeri akan turut menyaksikan parti-parti bertanding memperkenalkan barisan calon masing-masing menjelang hari penamaan calon pada 31 Oktober ini, ujarnya lagi.

Kehadiran calon wanita dalam pilihan raya bukan sahaja berkaitan representasi politik, malah membuka ruang kepada perbincangan mengenai kepimpinan, penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan dan keperluan masyarakat di peringkat setempat.

09297140 e7a7 4fd2 91ed 57ff7bad29dc

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *