SHAH ALAM – Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, menerima Anugerah Ikon Inspirasi pada Majlis Anugerah Inklusif OKU Selangor 2026 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam memperjuangkan kebajikan dan pemerkasaan golongan orang kurang upaya (OKU). Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shari Ketika menerajui portfolio kesihatan, kebajikan, wanita dan keluarga, Dr Siti Mariah menggerakkan inisiatif Anak Istimewa Selangor (ANIS) bagi menyokong anak istimewa serta keluarga mereka. Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) turut memainkan peranan dalam mengangkat agenda kebajikan OKU menerusi Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Selangor (MTOS). Menurut beliau, usaha memperkasakan komuniti OKU perlu diteruskan bagi memastikan golongan ini mendapat peluang yang adil untuk mengembangkan potensi, membina kehidupan lebih baik dan menyumbang kepada masyarakat. Dalam majlis sama, Dato’ Seri Amirudin menzahirkan sokongan kerajaan negeri terhadap pembinaan ekosistem pekerjaan inklusif yang bukan sekadar memenuhi kuota pengambilan pekerja OKU, malah menyediakan persekitaran kerja sesuai, peluang kemajuan kerjaya dan pengiktirafan terhadap bakat mereka. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa jasa seorang pemimpin terus memberi makna apabila perjuangannya membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada komuniti OKU untuk berkembang serta menjalani kehidupan yang inklusif. Navigasi kiriman Keganasan Ekonomi Terhadap Wanita Perlu Diberi Perhatian Serius PRN Melaka : Tiga Calon Wanita PKR Bertanding