Preloader
9ab4fb7c e2a7 4ad4 8e56 a29fe2e70dd2

LEMBAH PANTAI – Seramai hampir 120 perserta telan menghadiri, program Anjuran Gen Bina menerusi Smart Parents Interactive Lab (Hab Interaktif Keibubapaan Pintar). Program hari ini bertujuan  meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai keselamatan digital dan ancaman siber yang boleh menjejaskan keluarga, khususnya anak-anak.

Program ini menampilkan pelbagai aktiviti interaktif menerusi modul Digital Reality Check, Digital Guardian Challenge dan Digital Detective Challenge, yang memberi pendedahan tentang penipuan dalam talian, pengesanan kandungan palsu (deepfake) serta langkah mengenal pasti ancaman siber.

Peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar Lembah Pantai turut didedahkan kepada prinsip “Stop, Think, Verify, Share” bagi membudayakan sikap berhati-hati, menyemak kesahihan maklumat dan berkongsi kandungan secara bertanggungjawab.

Taklimat penerangan Komuniti MADANI disampaikan oleh Cik Naqiah binti Abdul Malik, Pegawai Penerangan Daerah Parlimen Lembah Pantai dan Segambut.

Majlis penutup disempurnakan oleh Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Datuk Seri Fahmi Fadzil. Menurut beliau, program ini diharap dapat memperkukuh peranan ibu bapa sebagai pembimbing dan pelindung anak-anak dalam menghadapi cabaran dunia digital.

Pengarah Taskgroup Alpha Sdn. Bhd., Puan Sadian Suffian, turut menekankan kepentingan pendidikan keselamatan digital dalam membina keluarga yang celik teknologi, berwaspada dan bertanggungjawab.

Program Gen Bina merupakan sebahagian daripada inisiatif Kempen Internet Selamat (KIS) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan digital.

Usaha seperti ini dilihat sebagai langkah penting dalam melahirkan masyarakat yang lebih bijak menggunakan teknologi dan berdaya melindungi diri daripada ancaman siber.

img 1511
img 1523
img 1539
img 1533

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *