Preloader
img 2529

KUALA LUMPUR – Bahang persaingan Karnival Sukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KSKKDW) 2026 semakin terasa apabila empat lagi acara dipertandingkan selepas majlis perasmian karnival berlangsung semalam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, sekali gus membuka tirai kepada siri pertandingan yang menghimpunkan warga kementerian dalam semangat kesukanan dan kekitaan.

Antara acara yang mencuri perhatian ialah karom, badminton, bola tampar lelaki dan wanita serta pickleball yang menyaksikan para atlet memberikan aksi terbaik bagi merebut kejuaraan.

Kehadiran peserta daripada pelbagai pasukan menjadikan suasana karnival semakin meriah, dengan masing-masing bukan sahaja membawa misi untuk menang, malah mempertahankan nama pasukan dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

KSKKDW 2026 turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan warga KKDW menerusi aktiviti sukan yang menggabungkan elemen kecergasan, disiplin, kerja berpasukan dan semangat setiakawan.

Dengan beberapa acara yang masih berlangsung, persoalan utama kini ialah siapakah yang bakal mengungguli kedudukan keseluruhan KSKKDW 2026?

Jawapannya bakal ditentukan menerusi prestasi setiap pasukan sehingga pertandingan melabuhkan tirainya.

Tahniah kepada semua atlet yang telah memberikan saingan terbaik. Teruskan semangat, junjung sportiviti dan berikan aksi terbaik sehingga ke garisan penamat.

img 2533
img 2532
img 2531
img 2530

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *