Preloader
img 1719

KOTA KINABALU – Program Unified Sports Special Olympics Sabah 2026 bakal membuka lebih banyak peluang kepada individu berkeperluan khas untuk menyerlahkan potensi diri menerusi sukan inklusif.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki, menerima taklimat daripada urus setia program yang dijadualkan berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor pada 31 Oktober ini.

Menurut beliau, penganjuran program seumpama itu penting dalam membina keyakinan diri, memupuk semangat kesukanan serta mewujudkan persekitaran yang memberi peluang sama rata kepada setiap individu tanpa mengira keupayaan.

Beliau berharap program berkenaan dapat menjadi platform untuk menggalakkan penyertaan golongan berkeperluan khas dalam aktiviti sukan dan kemasyarakatan.

Usaha ini turut mencerminkan komitmen ke arah membina masyarakat yang lebih prihatin, penyayang dan inklusif, dengan menghargai potensi setiap individu serta memastikan tiada golongan yang dipinggirkan.

Sukan bukan sekadar pertandingan, tetapi ruang untuk membina keyakinan, merapatkan hubungan dan membuktikan bahawa setiap individu berhak mendapat peluang untuk berjaya.

img 1720

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *