KUALA LUMPUR – Ada perjalanan yang bukan sekadar membawa seseorang ke sebuah destinasi, tetapi membawa hati lebih dekat kepada Pencipta.Begitulah perjalanan yang dilalui Pengerusi Persatuan HebatNita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (HebatNita WPKL), Datuk Rachiwa Kedel, yang berangkat menunaikan ibadah umrah bersama Ikhlas Travel, ditemani 12 jemaah dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Blok Ampang.Turut hadir menghantar beliau ialah Timbalan Presiden Persatuan HebatNita Malaysia, (Hebatnita Malaysia), Farrah Shareeza Ibrahim dan Timbalan Pengerusi Persatuan Hebatnita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (HebatNita WPKL), Norini Nordin serta Noorshazlinda M ZaibullahTimbalan Penegerusi Persatuan Jalinan Wanita Malaysia (JWM). Buat Datuk Rachiwa, perjalanan ke Tanah Suci bukan hanya tentang meninggalkan tanah air, tetapi sebuah perjalanan hati untuk bermuhasabah, memperbetulkan niat dan belajar kembali tentang erti keikhlasan.Ikhlas tidak semestinya terlihat pada mata manusia. Ia hadir dalam diam, ketika hati memilih untuk terus berbuat baik tanpa mengharapkan pujian, penghargaan atau balasan.“Apabila kita melangkah menuju rumah Allah, kita sebenarnya sedang membawa hati yang penuh dengan harapan. Semoga perjalanan ini menjadi ruang untuk saya memperbaiki diri, membersihkan hati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT,” katanya.Keikhlasan juga menjadi nilai penting dalam perjuangan seorang wanita. Dalam menggalas tanggungjawab terhadap keluarga, kerjaya dan masyarakat, banyak pengorbanan dilakukan tanpa pernah diketahui orang lain.Ada air mata yang disembunyikan, ada penat yang dipendam dan ada kebaikan yang tidak pernah disebut.Namun, apabila semuanya dilakukan kerana Allah, itulah keikhlasan yang sebenar.Melalui perjalanan bersama Ikhlas Travel, Datuk Rachiwa berharap dapat membawa pulang bukan sekadar kenangan dari Tanah Suci, tetapi hati yang lebih tenang, jiwa yang lebih kuat dan semangat untuk terus berbakti kepada masyarakat. Semoga Datuk Rachiwa Kedel dan seluruh jemaah dipermudahkan sepanjang berada di Tanah Suci, diberikan kesihatan serta keselamatan dan dikurniakan umrah yang mabrur, diterima segala amal serta pulang dengan hati yang lebih dekat kepada Allah SWT. Navigasi kiriman Wanita, Jom Santuni Warisan Ilmu! FTIM 2026 Bawa Hikmah Al-Hikam Ke Putrajaya