Preloader
image

KUALA LUMPUR – Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026 bukan sahaja menjadi medan memperkenalkan keunikan kraf tempatan dan antarabangsa, malah membuka ruang kepada wanita untuk meneroka peluang baharu dalam bidang keusahawanan dan industri kreatif.

Berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, MICF 2026 menghimpunkan lebih 400 usahawan dan penggiat industri kraf dari lebih 20 negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, turut mengadakan walkabout bagi meninjau pelbagai reruai serta hasil kraf yang dipamerkan sepanjang penganjuran acara berkenaan.

Lawatan itu turut memberi tumpuan kepada interaksi bersama usahawan dan penggiat industri, selain melihat pengisian serta aktiviti yang berlangsung sepanjang MICF 2026.

Bagi wanita khususnya usahawan dan penggiat industri kreatif, penganjuran MICF dilihat menyediakan ruang untuk mendapatkan inspirasi, membina jaringan perniagaan serta mengenali perkembangan dan potensi pasaran kraf di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Kepelbagaian produk yang dipamerkan juga memperlihatkan bagaimana hasil kreativiti dan kemahiran tradisional boleh dikembangkan menjadi produk bernilai tambah serta mempunyai potensi pasaran yang lebih luas.

Penganjuran MICF 2026 turut membuka peluang kepada penggiat kraf tempatan untuk membina hubungan perniagaan, meneroka kerjasama strategik dan mendapatkan akses kepada pasaran baharu.

Wanita Bangkit melihat platform seperti MICF sebagai ruang penting untuk wanita terus memperkasa kemahiran, memperluas jaringan dan meneroka peluang dalam ekonomi kreatif.

MICF 2026 berlangsung sehingga 5 Oktober 2026, dari 10 pagi hingga 10 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Wanita yang berminat dalam bidang kraf, seni kreatif dan keusahawanan digalakkan mengambil peluang untuk berkunjung dan melihat sendiri potensi yang ditawarkan oleh industri kraf Malaysia dan antarabangsa.

image
image

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *