Preloader
img 3448

KUALA LUMPUR – Seramai 37 usahawan dan pemimpin wanita daripada 11 kategori industri menerima pengiktirafan menerusi ShangHai Honourable Women Entrepreneur Business Award 2026 (SHE Award 2026), sebagai penghargaan terhadap pencapaian serta sumbangan mereka dalam pembangunan landskap perniagaan negara.

Majlis anugerah yang berlangsung baru baru ini di Grand Lagoon Ballroom, Sunway Resort Hotel itu dianjurkan oleh ShangHai Business Media, anak syarikat SBS Group, dengan kerjasama strategik kumpulan berkenaan.

Pengiktirafan tahun ini merangkumi pelbagai sektor termasuk kesihatan dan kesejahteraan, makanan dan minuman, logistik, peruncitan dan e-dagang, perkhidmatan profesional, hartanah serta teknologi.

Turut diperkenalkan ialah SHE Icon Award 2026, pengiktirafan khas kepada tokoh wanita yang menunjukkan pencapaian dan kepimpinan cemerlang dalam bidang masing-masing.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj selaku tetamu kehormat, selain beberapa tokoh perniagaan termasuk pengasas A Cut Above, Datin Dr Winnie Loo; Pengarah Poh Kong Holdings Berhad, Dato’ Alice Choon; serta Presiden WAWASANITA, Datin Dr Norli Hj Alias.

Lebih daripada sekadar platform penyampaian anugerah, SHE Award 2026 turut menjadi ruang mempertemukan usahawan, pemimpin industri dan pemain perniagaan daripada pelbagai sektor bagi membuka peluang kerjasama strategik, perkongsian pengetahuan serta memperluas jaringan profesional.

Dalam perkembangan sama, majlis berkenaan turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara SBS Digital Holdings Sdn. Bhd. dengan iBilik Group bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek pemasaran, jualan dan pengkomersialan peluang pengiklanan media hospitaliti.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan SBS, CM Wong berkata, usahawan wanita kini memainkan peranan penting dalam membina syarikat serta menerajui pelbagai industri di negara ini.

Menurut beliau, pencapaian golongan wanita wajar diberikan pengiktirafan, selain memerlukan platform yang mampu meningkatkan keterlihatan profesional dan membuka ruang kepada kerjasama perniagaan pada masa hadapan.

Penganjuran SHE Award 2026 mencerminkan perkembangan peranan wanita dalam dunia keusahawanan yang bukan sahaja tertumpu kepada kejayaan membangunkan perniagaan, malah turut merangkumi kepimpinan, inovasi dan pembentukan jaringan ekonomi yang lebih luas.

Pengiktirafan seperti ini sebagai satu perkembangan positif dalam usaha memperluas peluang, mengangkat sumbangan serta memperkukuh kedudukan wanita dalam ekosistem ekonomi negara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *