MELAKA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menampilkan tiga calon wanita daripada sembilan kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, bersamaan 33.3 peratus daripada keseluruhan calon parti itu. Ketiga-tiga calon berkenaan ialah Datuk Ginie Lim Siew Lin di DUN Machap Jaya, Farzana Hayani Mohd Nasir di DUN Kelebang dan Esma Eazreen Husin di DUN Rim. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek juga selaku Ketua Wanita Parti Keadilan Pusat berkata penyertaan calon wanita merupakan satu tawaran kepada rakyat untuk membuat pilihan, khususnya dalam usaha memartabatkan wanita sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jelajah Negaraku: Aku Kasih Malaysia peringkat Parlimen Nibong Tebal baru baru ini. Menurut beliau, penyertaan wanita dalam PRN Melaka memberi perhatian kepada representasi wanita dalam politik, termasuk peluang mengetengahkan isu pendidikan, kebajikan keluarga, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Perwakilan wanita dalam pilihan raya turut menjadi antara aspek yang boleh diperhatikan dalam menilai penyertaan wanita dalam proses demokrasi. Pada masa sama, latar belakang, pengalaman dan tawaran setiap calon merupakan maklumat penting untuk pertimbangan pengundi. Pakatan Harapan (PH) mengumumkan 21 calon bagi PRN Melaka, dengan PKR bertanding di sembilan kerusi, DAP di tujuh kerusi dan Amanah di lima kerusi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, 10 November bagi pengundian awal dan 14 November 2026 sebagai hari pengundian. Navigasi kiriman Dr Siti Mariah Terima Anugerah Ikon Inspirasi OKU Selangor 2026 BN Ketengahkan Tiga Calon Wanita Pada PRN Melaka 2026