Oleh : DF Shareeza
TAHNIAH ALLY MUKHRIZ, SELAMAT MENYAMBUT CAHAYA MATA SULUNG
Kuala Lumpur : Anak kepada Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, iaitu Meera Alyanna Mukhriz atau Ally Mukhriz, selamat melahirkan cahaya mata sulung, seorang bayi lelaki pada 16 Ogos lalu.Bayi yang diberi nama Eden Zakaria Ezran Cheah itu dilahirkan pada jam 8.48 pagi dengan berat 2.9 kilogram.Kelahiran Eden menjadi detik istimewa buat keluarga apabila bayi berkenaan merupakan cicit pertama kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.Ally berkongsi berita gembira itu menerusi media sosial hari ini, selain mengucapkan terima kasih kepada semua yang menitipkan doa dan ucapan buat beliau dan suami, Ezran Daud Cheah.Perjalanan pasangan itu untuk mendapatkan cahaya mata bukanlah sesuatu yang mudah. Pada Februari lalu, Ally mengumumkan kehamilan anak sulung selepas melalui perjalanan rawatan kesuburan, termasuk prosedur persenyawaan in vitro (IVF).Ally dan Ezran mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan sebelum ini turut berkongsi perjalanan mereka mendapatkan zuriat bersama pengikut di media sosial.Kini, penantian itu akhirnya berakhir dengan kehadiran Eden yang pastinya membawa kebahagiaan baharu buat keluarga mereka.Wanita Bangkit mengucapkan tahniah buat Ally dan Ezran atas kelahiran cahaya mata sulung mereka. Semoga Eden membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk hati buat seluruh keluarga.

Sumber gambar dari sosial media