ALOR SETAR – Pernah berada di titik paling gelap selepas disahkan menghidap kanser, namun pengalaman itu akhirnya menjadi kekuatan buat Pengasas Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal, untuk membantu pesakit kanser lain. Zuraini, yang disahkan menghidap kanser dinding rahim pada 2012 ketika berusia 43 tahun, mengakui ketika itu hanya kematian yang bermain di fikirannya.Namun, dalam doa dan tahajudnya, beliau berjanji sekiranya diberikan kesembuhan, beliau mahu membantu mereka yang melalui pengalaman sama. Janji itu kemudiannya diterjemahkan menerusi penubuhan Cancer Survivors Malaysia, yang sejak lebih sedekad lalu aktif memberikan sokongan dan bantuan kebajikan kepada pesakit kanser serta keluarga mereka. Kini, pengalaman Zuraini sebagai seorang cancer survivor menjadi kekuatan untuk mendampingi dan memberi semangat kepada wanita lain agar tidak menyerah kepada keadaan. Semangat itu turut diteruskan menerusi Majlis High Tea Wanita Tabah CSM sempena Pink Oktober, Bulan Kesedaran Kanser Payudara, yang akan berlangsung pada 10 Oktober 2026, dari jam 2 hingga 5 petang di Dewan Seri Mentalon, Alor Setar, Kedah.Majlis berkenaan bakal menampilkan perkongsian inspirasi, cabutan bertuah, sokongan dan kebersamaan khusus buat pesakit kanser wanita. “Bersama kita tabah, bersama kita kuat, bersama kita menang.”Satu kisah seorang wanita yang pernah takut kehilangan nyawa, tetapi memilih untuk menjadikan pengalaman itu sebagai sebab untuk menguatkan wanita lain. Navigasi kiriman Dr. Mithali, Srikandi Di Sebalik Pemerkasaan Hospital Sultan Abdul Halim