Preloader
img 0714

SUNGAI PETANI — Kepimpinan wanita terus menyerlah dalam sektor kesihatan apabila YBrs. Dr. Mithali binti Abdullah @ Jacquline Sapen, Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), menerajui usaha memperkukuh kapasiti serta kualiti perkhidmatan hospital demi memenuhi keperluan masyarakat.

Peranan beliau turut mendapat perhatian ketika Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, mengadakan lawatan kerja ke HSAH hari ini.

Dalam kunjungan tersebut, Dr. Mithali bersama barisan pengurusan hospital memberikan taklimat berkaitan pengoperasian HSAH, kapasiti semasa serta keperluan penambahbaikan fasiliti bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan lebih cekap, selamat dan berkualiti.

Antara perkara yang diberi perhatian ialah usaha menaik taraf kemudahan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, termasuk Red Zone dan Green Zone, selain penambahbaikan fasiliti wad bagi meningkatkan aspek keselamatan, kebersihan dan keselesaan pesakit.

Dalam perancangan jangka panjang, pembangunan bangunan tambahan Woman & Child HSAH dicadangkan menyediakan 408 katil melalui 15 wad, 34 bilik isolasi dengan sistem tekanan negatif serta tujuh dewan bedah.

Sebagai hospital rujukan utama yang kini mempunyai 703 katil rasmi menerusi 24 wad, HSAH memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan kepakaran dan subkepakaran kepada masyarakat di kawasan liputannya.

Kepimpinan Dr. Mithali menjadi antara contoh penting bagaimana wanita mampu menerajui institusi besar, mengurus cabaran kompleks dan memastikan kepentingan rakyat terus menjadi keutamaan.

img 0713
img 0712
img 0711
img 0715

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *