PERLIS – Kerjasama strategik antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan Kerajaan Negeri Perlis terus diperkukuh menerusi kunjungan hormat Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman. Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada penyelarasan inisiatif pembangunan desa, penelitian keperluan serta potensi negeri, selain usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar. Kerjasama antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dilihat penting bagi memastikan pelaksanaan program pembangunan desa dapat diselaraskan dengan keperluan setempat, sekali gus memberikan manfaat yang lebih menyeluruh kepada masyarakat. Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Dato’ Abdul Kahar bin Abdullah; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Mahmood, Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan, YBrs. Azman bin Kassim serta Pengarah Pejabat KKDW Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, YBrs. Fakhrulradzi bin Salamat. Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan KKDW untuk memperkukuh hubungan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam memastikan agenda pembangunan luar bandar terus dilaksanakan secara terancang, inklusif dan berkesan. Navigasi kiriman PRN Melaka : Tiga Calon Wanita PKR Bertanding