
Oleh : DF Shareeza
SABAK BERNAM: Seorang kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabak Bernam, Selaton Nuri, 55, meninggal dunia selepas tudungnya terbelit pada roll gate ketika bertugas di sebuah pintu air, petang semalam.
Arwah yang telah 21 tahun berkhidmat sebagai penjaga pintu air turut dikenali sebagai antara Sahabat lama Amanah Ikhtiar Malaysia.
Allahyarhamah disifatkan sebagai seorang yang baik, pemurah dan gemar membantu mereka yang memerlukan.
Wanita Bangkit merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga dan sahabat arwah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan segala amal baiknya diterima Allah SWT.