Wanita Bangkit menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan waris lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service – FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada 8 September lalu.Nahas tersebut meragut nyawa juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, Penolong Pegawai Perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44. Kelima-lima mereka sedang menjalankan tugasan Perkhidmatan Doktor Udara yang membawa perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak sebelum helikopter berkenaan terhempas berhampiran STOLport Long Lellang. Wanita Bangkit merakamkan penghargaan atas pengorbanan dan khidmat bakti para petugas yang menjalankan amanah dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat, khususnya komuniti di kawasan pedalaman.“Perginya mereka bukan sekaedar meninggalkan kehilangan buat keluarga, tetapi turut meninggalkan jasa dan pengorbanan yang akan dikenang oleh masyarakat yang pernah menerima khidmat mereka. “Wanita Bangkit turut mendoakan agar seluruh keluarga mangsa diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.Al-Fatihah.Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh kesemua mangsa, mengampuni segala dosa mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.Takziah daripada seluruh warga Portal Wanita Bangkit. Navigasi kiriman Perginya Seorang Sahabat, Tinggal Kenangan. Al – Fatihah Dr Ainul Baraah Antara Lima Terkorban Nahas Helikopter Di Long Lellang Miri