Preloader
1000707178

Suara Wanita, Nadi Pembangunan Negara

Kuala Lumpur – Majlis Karnival Wanita Mendunia dan Pelancaran Kajian Suara Wanita (National Women’s Survey 2025/2026) berlangsung meriah di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, menghimpunkan lebih 500 wanita dari seluruh Malaysia.

Majlis dirasmikan oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, bersama Datuk Haji Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.

Kajian Suara Wanita 2025/2026 melibatkan lebih 1,000 wanita di seluruh Malaysia, dengan penglibatan kualitatif hampir 270 wanita menerusi sesi Wanita Mendunia dan komuniti di pelbagai zon negara. Kajian ini penting dalam memahami realiti, pandangan dan aspirasi wanita Malaysia secara lebih menyeluruh.

Turut menjadi kemuncak program ialah forum “Di Sebalik Angka: Suara dan Realiti Wanita Malaysia” yang menampilkan Puan Nurul Izzah Anwar, Dato’ Dr Junaidah Kamaruddin, Dr Khairil Izamin Ahmad dan Puan Sarah Lian.

Pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk saringan kesihatan percuma, Jualan Rahmah, cabutan bertuah, pertandingan mewarna, Petting Zoo serta pameran agensi kerajaan dan usahawan wanita tempatan.

Penganjuran ini memperlihatkan komitmen untuk memastikan suara wanita terus diberi ruang dalam pembangunan negara.

Kerana di sebalik setiap angka, ada suara. Dan di sebalik setiap suara wanita, ada aspirasi untuk masa depan Malaysia.

1000707174

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *