KUALA LUMPUR – Usahawan wanita bakal mendapat peluang lebih luas untuk memperkukuh kedudukan dalam ekonomi halal global menerusi penganjuran WiEX @MIHAS 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 26 September 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Program yang membawa fokus “Advancing Women in the Halal Economy” itu menjadi antara platform penting dalam mempertemukan syarikat diterajui wanita dengan peluang pasaran, pembeli antarabangsa serta rangkaian perniagaan dalam industri halal. WiEX @MIHAS 2026 turut menampilkan Pavilion WiEX dan International Sourcing Programme (INSP) selain forum serta Anugerah Wira Ekonomi Wanita, yang merangkumi pelbagai segmen dalam 14 sektor industri halal. Penganjuran ini dilihat sebagai ruang strategik untuk usahawan wanita bukan sahaja memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka, malah membina jaringan perniagaan, mengenal pasti peluang eksport serta meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa. Penglibatan wanita dalam ekonomi halal semakin signifikan, khususnya apabila lebih banyak perusahaan milik dan diterajui wanita berpotensi menembusi pasaran luar negara melalui produk berkualiti, inovasi dan pematuhan piawaian halal. Bagi usahawan wanita Malaysia, WiEX @MIHAS 2026 juga membuka peluang untuk melihat ekonomi halal bukan sekadar sebagai sektor domestik, tetapi sebagai pasaran global yang menawarkan ruang pertumbuhan dan pengembangan perniagaan yang lebih besar. Portal Wanita Bangkit melihat inisiatif sebegini sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan wanita serta membuka lebih banyak pintu kepada wanita Malaysia untuk berkembang daripada perniagaan kecil kepada pemain yang mampu bersaing di pentas antarabangsa. Navigasi kiriman Bermula Dengan Satu Langkah, Tauhu Bergedil Terbeloha Kini Semakin Dikenali