KUALA LUMPUR — Karnival Pendidikan MADANI 2026 bertemakan ‘Sehari Bersama Rakyat’ menjadi wadah memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dengan masyarakat, khususnya dalam menyampaikan maklumat serta memperluas keterlibatan komuniti dalam ekosistem pendidikan. Program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu itu turut dihadiri Tuan Haji Megat Affandi, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Encik Nazir Hussin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan serta Inspektor Tiffany Dila, Ketua Cawangan Kepolisan Komuniti IPD Cheras. Karnival tersebut memberi ruang kepada masyarakat untuk lebih dekat dengan pelbagai aspek pendidikan, selain menjadi platform mengeratkan kerjasama antara pihak sekolah, guru, agensi dan komuniti. Dalam perkembangan sama, pendidikan dilihat bukan sekadar pencapaian akademik atau keputusan peperiksaan, sebaliknya proses membentuk insan yang berilmu, berakhlak dan mempunyai nilai kehidupan yang baik. Ilmu juga mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam, menjadikan usaha memperkukuh pendidikan sebagai satu tanggungjawab bersama demi membina generasi masa hadapan. Penghargaan turut diberikan kepada seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Pudu/Bangsar, guru-guru, pendidik dan tenaga pengajar yang terus menjadi tulang belakang dalam membangunkan pendidikan negara. Navigasi kiriman Empat Hari Selepas Pemergian, Rakyat Masih Setia Menziarahi Seawal Pagi Rakyat Hadir, Yasin dan Al-Fatihah Terus Bergema Dr. Mithali, Srikandi Di Sebalik Pemerkasaan Hospital Sultan Abdul Halim