Preloader
1000722481

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memperkenalkan MyKad Generasi Baharu bersempena sambutan Hari Malaysia, dengan penambahbaikan dari aspek reka bentuk, teknologi dan keselamatan.

MyKad baharu ini dilengkapi 53 ciri keselamatan, berbanding 23 ciri sebelum ini. Antara ciri yang diperkenalkan termasuk hologram dinamik, kod QR, elemen ultraungu (UV), teks mikro serta cip dengan tahap keselamatan yang dipertingkatkan.

Pengeluaran MyKad Generasi Baharu akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 17 September 2026 melalui cawangan JPN terpilih.

JPN turut menasihatkan orang ramai supaya tidak tergesa-gesa menukar MyKad kerana kad sedia ada masih sah digunakan seperti biasa.

Langkah ini merupakan sebahagian usaha memperkukuh keselamatan identiti rakyat serta memastikan dokumen pengenalan negara terus seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *