Jenazah Dr AinuI Baraah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper sejurus selepas urusan di Jabatan Forensik Hospital Miri selesai. Jenazah Allahyarhamah kemudiannya diterbangkan pulang bagi urusan pengebumian. Turut mengiringi jenazah ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Azman Yacob, serta Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Kasuadi Hussin.Dr Ainul Baraah merupakan antara lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter BO-105 kendalian Layang-Layang Aerospace di Long Lellang, Selasa lalu.Nahas berlaku selepas helikopter berkenaan terhempas berhampiran hujung landasan STOLport Long Lellang sekitar jam 3.40 petang. Selain Dr Ainul Baraah, nahas turut meragut nyawa Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30; pembantu perubatan Alexxon Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Jessie Paya Jok, 44, dan Debra Moset, 40. Portal Wanita Bangkit merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan insan yang mengenali Allahyarham serta mendoakan agar roh semua mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Navigasi kiriman Wanita Bangkit Zahir Salam Takziah, Kenang Jasa Lima Mangsa Nahas Helikopter FDSKUALA LUMPUR JPN Perkenal MyKad Generasi Baharu, Rakyat Tidak Perlu Tergesa-gesa Menukar Kad Pengenalan.